Abuk-Abuk

wahhhh..akhir nyer berkemas-kini jugak blog ku ini..sekian lama  aku terjenguk2 mencari kelapagan dan idea2  masakan nak letak sini..bukan takder idea cume kesuntukan masa dan problem nak upload gambar ler..




Untuk tatapan kali nih kita beralih pada resepi tradisional..ala2 kuih kegemaran orang lama2 dulu.. cukup suka ngan kuih nih, kalau nak carik jual kat gerai2 atau pasar malam atau pasar tani memang payah nak jumpa..kenapa yer...?? nak buat pun bukanlah susah sangat dan belanja pun tak ler banyak..


Sekian lama mengidam akhirnya terlaksa jugak hajat ku... makan sampai puas ler..meh layan mata ngan layan resepi kat bawah eks.. kalau sesiapa yang rajin leh layan buat jugak..






Bahan-Bahan
300 g sagu mata ikan ( saya guna yang kaler ijau)
1 cawan gula melaka atau gula merah
1/2 biji kelapa parut ( yang puti lembut tuh jer)
garam secukup rasa
daun pisang ( dilayur dan dipotong 4 persegi)
Lidi (untuk buat sematan, guna toothpick jer)

Cara Penyediaan
1. Bilas sagu dengan air bersih dan toskan
2. Campurkan sagu mata ikan dengan kelapa, gaul dan perasakan dengan garam.
3.Bentukkan daun pisang menjadi kelonsong berbentuk kon ( haha part nih aku fail ler, aku wat stail aku jer janji ader rupa ). Masukkan campuran bahan separuh penuh, masukkan sesudu gula merah dan diakhiri dengan campran sagu lagi.
4. Pastikan  kelonsong tidak terlalu penuh,supaya hujung kelonsong boleh silipatkan. Cucukan batang lidi untuk sematan ( aku guna sampai dua ..hahaha )
5. Kukus selama 30-40 minit. Memang sodappppp...
abuk2 tengah kena kukus..hahah cuba tengak sungguh berseni tangan ku sebab berbagai size ader kuih tuh hahaha..tak kira janji jadik jugakk

Comments

  1. sedapnya... saya pernah buat jugak dulu tp x menjadi... jadi keras.. huhu... saya guna ramekin je sbb xde daun pisang... hehe... nanti boleh try buat lg ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tag dari Ana Wahid

Kem Lubuk Semak, Ulu Dong Raub- Bergumbira2

Kuih Seri Muka